Nama: Nor Fazrina Fazrin Bt Hassan
No.Matrix: E20111002399
Subjek: Character Design
Di bawah ini adalah Langkah-langkah melukis watak karakter iaitu Putera Kristal:
1) Langkah Pertama
Saya telah melukis dengan cara membuat bulatan , supaya karakter akan lebih senang untuk dilukis. Ini merupakan idea awal atau langkah awal untuk melukis watak saya. Pensil itu betujuan adalah untuk menunjukkan bulatan yang perlu dilukis.
2) Langkah Kedua
Gambar di atas atas adalah langkah kedua selepas melakukan bulatan seperti langkah pertama. Langkah kedua ini adalah bertujuan untuk melukis tubuh badan atau body sesebuah karakter.
3) Langkah ketiga
Langkah ketiga ini adalah bertujuan mengemas kini lagi bahagian kedua, dan telah membuat bentuk kaki dan tangan.
4) Langkah Keempat
Selepas selesai melukis bentuk badan, saya telah beralih kepada melukis bentuk muka karakter dan menambah sedikit kayu pada tangan karakter tersebut.
5)Langkah kelima
Muka karakter telah dilukis, dan saya telah menambah aksesori pada karakter ini. Dengan menambah seluar, kayu sakti iaitu Tonfa stick yang dapat mempertahankan diri Putera Kristal.
6) Langkah keenam
Saya telah menambah aksesori pada badan karakter ini, supaya nampak lebih segak dan menarik. Karakter ini juga di lukis lebih tegap supaya dapat berkain rapat dengan game saya, iaitu superhero perlu selamatkan planetnya daripada ayahandanya sendiri.
7)Langkah ketujuh
Saya telah menambahkan aksesori pada bahagian lengan karakter yang saya lukis. Tujuan nya ialah supaya kostum yang dipakai oleh superhero akan dilihat lebih berani dan meanarik.
8)Langkah Lapan
Langkah ke lapan ini hanyahlah menambah aksesori pada bahagian seluar karakter.
9)Langkah ke sembilan
Ini adalah langkah terakhir sebelum mewarnakan watak ini. Harapnya, ia sesuai dengan peranan watak sebagai Hero.
10)Langkah ke sepuluh
Watak Putera Kristal selepas ni warnakan.
Akhirnya, saya telah menyiapakan tugasan saya ini dengan 10 langkah membina watak game saya. Di sini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. :)









